HUAWEI Semakin Menghampiri Samsung Dalam Menjadi Pengeluar Terbesar Dunia Comments Off on HUAWEI Semakin Menghampiri Samsung Dalam Menjadi Pengeluar Terbesar Dunia

Sejak lima tahun lalu, jenama HUAWEI semakin diterima ramai malahan syarikat China ini juga telah ‘menapau’ pengeluar dari negara barat dengan matlamat untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu di dunia menjelang tahun 2021.

Menurut Strategy Analytics, sasaran yang diletakkan oleh HUAWEI mungkin akan tercapai tidak lama lagi memandangkan laporan dari Korea Herald menjangkakan HUAWEI akan menghabiskan tahun ini dengan pegangan pasaran sebanyak 17.7 peratus.

Meletakkan HUAWEI di tempat kedua dengan 251 juta peranti telah diedarkan, ia sekaligus menjadikan jurang antara HUAWEI dan Samsung menjadi tipis. Untuk pengetahuan anda, Samsung dijangka akan memperolehi pegangan pasaran 21.3% dengan jumlah penghantaran peranti sebanyak 323 juta menjelang akhir tahun ini.

Sebagai perbandingan, tahun lalu HUAWEI telah berjaya memegang 14.4 peratus pasaran telefon pintar, peningkatan melebihi 3% berbanding Samsung dengan cuma 1.3% pada tahun lalu dan tahun ini.

Walaupun HUAWEI disekat melakukan urus niaga dengan negara di bawah pentadbiran Trump, pertumbuhan pasaran jelas melihatkan HUAWEI masih lagi mampu mendapat kepercayaan daripada pengguna. Hal ini juga disokong dengan penawaran perkhidmatan pelanggan yang baik sepanjang konflik berlaku.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend