HUAWEI Sediakan Penghantaran VIP Ekspres Untuk Pembelian Atas Talian – Sehingga 31 Mac Comments Off on HUAWEI Sediakan Penghantaran VIP Ekspres Untuk Pembelian Atas Talian – Sehingga 31 Mac

Sekiranya anda ingin memiliki peranti HUAWEI, kini HUAWEI Malaysia telah menawarkan perkhidmatan penghantaran VIP ekspres untuk pembelian produk keluarannya secara atas talian.

Anda hanya perlu mengakses HUAWEI Online Official Store dan memilih produk yang diingini, isi butiran dan buat bayaran. Kini pemilihan kedai yang telah dipilih akan menghubungi anda untuk proses penghantaran dalam tempoh hanya 1 jam selepas bayaran dibuat (masa operasi 10 pagi hingga 7 malam).

Selain perkhidmatan penghantaran VIP ekspres, pembelian peranti HUAWEI terpilih akan turut menerima hadiah percuma. Tawaran istimewa ini hanya sah di HUAWEI Online Official Store sehingga 31 Mac 2020 nanti sahaja.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend