Huawei Sasar Untuk Mengedar 250 Juta Unit Telefon Pintar Tahun Ini Dan 300 Juta Unit Pada Tahun 2020 0 368

Huawei sebelum ini pernah menjadi jenama telefon pintar kedua terbesar di dunia dengan memintas jenama Apple pada tahun lepas sebelum ia dirampas semula oleh Apple. Namun jika dibandingkan rekod jualan Huawei, ia dilihat mencatatkan peratusan jualan yang positif berbanding Samsung dan juga Apple.

Bahkan sepanjang tahun 2018, Huawei telah dilaporkan berjaya mencatatkan pengedaran sebanyak 206 juta unit telefon pintar di seluruh dunia. Mencatatkan perkongsian pasaran mencecah 14.7%, Huawei dijangka mampu merampas kedudukan di tempat kedua oleh Apple yang mencatatkan perkongsian pasaran sekitar 14.9%.

Huawei Nova 4 merupakan model telefon pintar terbaru yang ditawarkan oleh Huawei untuk pasaran tempatan.

Berdasarkan laporan terbaru, dalam usaha tersebut Huawei telah menyasarkan untuk mengedarkan sebanyak 250 juta unit telefon pintar untuk tahun 2019 ini. Sekiranya sasaran ini berjaya dicapai, Huawei akan mencatakan pertumbuhan lebih kurang 21%. Tidak cukup dengan itu, Huawei juga dilaporkan menyasarkan untuk mengedar sebanyak 300 juta unit telefon pintar untuk tahun 2020 nanti.

Menurut laporan IDC, Samsung telah dilaporkan mengalami penurunan perkongsian pasaran sebanyak 8% dengan pengedaran 292 juta unit telefon pintar. Manakala Apple juga mencatatkan penurunan sebanyak 3.2% iaitu dengan pengedaran 208 juta unit telefon pintar.

Baca juga:

Huawei Muncul Sebagai Syarikat Paling Meningkat Naik Dalam “Brand Finance Global 500 2019”

Pengedaran Telefon Pintar Huawei Untuk Pasaran Global Dijangka Melepasi 200 Juta Unit Menjelang 25 Disember 2018

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend