Huawei Sahkan Pembangunan Sistem Operasi Miliknya Sebagai Alternatif Kepada Android Comments Off on Huawei Sahkan Pembangunan Sistem Operasi Miliknya Sebagai Alternatif Kepada Android

Sejak kerajaan Amerika Syarikat mengisukan kekhuatiran mereka untuk menggunakan produk dari China atas alasan faktor keselamatan data sulit. Tindakan yang diambil ini secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kebanyakan pengeluar dari China, dan ini termasuklah Huawei.

EMUI berasaskan sistem operasi Android dari Google ini telah menerima sentuhan antaramuka yang tersendiri.

Sebagai persiapan menghadapi kemungkinan syarikat besar seperti Google turut dipaksa untuk berbuat demikian, Huawei sebelum ini telah dilaporkan sedang membangunkan sistem operasi miliknya sendiri sebagai alternatif kepada Android. Namun begitu ia tidak dapat disahkan kesahihannya kerana ia sekadar khabar angin yang diperkatakan di Internet.

Antaramuka EMUI yang digunakan pada peranti Huawei.

Hari ini Naib Presiden Produk Mudah Alih di Huawei telah mengesahkan berita berkenaan sebagaimana yang telah dilaporkan oleh GizChina. Perkara ini secara tidak langsung bakal memperlihatkan dominasi Huawei bukan sahaja pada perkakasan untuk peranti mudah alih seperti pemproses Kirin, tetapi turut meliputi aspek perisian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend