HUAWEI Rancang Untuk Memindahkan Pusat R&D Yang Terletak Di Amerika Syarikat Ke Kanada Comments Off on HUAWEI Rancang Untuk Memindahkan Pusat R&D Yang Terletak Di Amerika Syarikat Ke Kanada 127

Melalui temu ramah dengan portal dari Kanada, Ren Zhengfei selaku CEO HUAWEI dilaporkan telah merancang untuk memindahkan pusat R&D miliknya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) ke Kanada. Kenyataan ini dibuat selepas kerajaan AS dikatakan akan cuba memperluaskan sekatan terhadap penghantaran produk import dengan teknologi AS untuk HUAWEI.

HUAWEI bukan sahaja mahu memindahkan pusat R&D di AS, tetapi CEO HUAWEI juga dikatakan mahu membina kilang pengeluaran baharu di Eropah, bagi menghasilkan peralatan rangkaian 5G. Melalui keputusan yang bakal dibuat ini, HUAWEI mahu menangkis dakwaan kerajaan AS bahawa produk keluarannya boleh digunakan untuk tujuan intipan.

Setakat ini Huawei dilaporkan mempunyai lebih daripada 80,000 kakitangan R&D di seluruh dunia, iaitu mencakupi kira-kira 45% daripada jumlah keseluruhan. Malah untuk tahun 2018 sahaja, HUAWEI telah melabur lebih daripada USD15 bilion (~RM62.6 bilion) dalam sektor R&D.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend