HUAWEI Perkenal Pengecas Tanpa Wayar Dalam Kereta 27W Dengan Pemegang Pintar Comments Off on HUAWEI Perkenal Pengecas Tanpa Wayar Dalam Kereta 27W Dengan Pemegang Pintar 233

Selain memperkenalkan telefon pintar terbaharunya daripada siri Mate 30, HUAWEI juga turut memperkenalkan aksesori yang dikhaskan untuk siri tersebut dengan penawaran pengecas tanpa wayar dalam kereta yang menyokong teknologi pengecasan pantas 27W iaitu HUAWEI In-Car Wireless SuperCharge.

Mengoptimumkan keupayaan pengecasan tanpa wayar 27W yang disokong oleh Mate 30 dan Mate 30 Pro, aksesori ini mampu memastikan proses mengecas yang sangat pantas walaupun ketika anda sedang bergerak di dalam kereta. Apa yang lebih istimewanya, bahagian pemegang boleh dibuka secara automatik apabila anda memegang bahagian tepi telefon pintar, dan begitu juga sebaliknya.

Melalui penawaran aksesori terbaharu daripada HUAWEI ini, kini portfolio untuk aksesori HUAWEI SuperCharge telah dipelbagaikan untuk persekitaran berbeza termasuklah HUAWEI SuperCharge Car Charger 40W, HUAWEI SuperCharge PowerBank 40W, Huawei SuperCharge Wireless Charger 27W, HUAWEI SuperCharge Wired Charger 40W, dan yang terbaru HUAWEI SuperCharge In-Car Charger 27W.

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

HUAWEI Mate 30 RS Diperkenalkan Dengan Rekaan Menawan Sentuhan PORSCHE DESIGN

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend