Huawei Perkenal Kirin 810 Berasaskan Cip 7nm Dengan Prestasi AI Lebih Baik Berbanding Snapdragon 855 Comments Off on Huawei Perkenal Kirin 810 Berasaskan Cip 7nm Dengan Prestasi AI Lebih Baik Berbanding Snapdragon 855

Hari ini dengan rasminya Huawei telah melancarkan pemproses mudah alih yang akan digunakan untuk telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya iaitu Kirin 810. Apa yang menariknya, pemproses ini turut dibangunkan dengan menggunakan cip 7nm sama seperti Kirin 980, sekaligus menjadikan Huawei sebagai pengeluar pertama di dunia yang memiliki pemproses dengan cip 7nm.

Kirin 810 telah dilengkapi dengan sokongan lapan teras, iaitu dua teras ARM Cortex-A76 berkelajuan 2.27GHz akan digunakan untuk mengoperasikan tugasan yang berat, manakala enam teras ARM Cortex-A55 berkelajuan 1.88GHz pula akan mengoperasikan tugasan yang lebih ringan. Menurut Huawei, Kirin 810 menjanjikan skor single-core 11% lebih baik dan juga skor multi-core 13% lebih baik berbanding Snapdragon 730 (8nm).

Untuk aspek grafik pula, Kirin 819 hadir dengan GPU ARM Mali-G52 MP6 yang mampu menjanjikan peningkatan prestasi mencecah sehingga 162% berbanding generasi sebelum ini. Berdasarkan ujian penanda aras yang dijalankan, prestasi GPU Kirin 810 juga berjaya mencatatkan frame rate sehingga 44% lebih baik berbanding GPU Adreno 618 pada Snapdragon 730.

Malah pengalaman gaming juga akan terasa lebih realistik dengan adanya sokongan teknologi Kirin Gaming+ yang mampu mempertingkatkan kualiti permainan. Ini dapat dicapai melalui paparan grafik yang lebih jelas, terang, dan dalam masa yang sama memiliki kontras yang lebih baik.

Tidak cukup dengan itu, sokongan unit NPU (Neural Processing Unit) baharu daripada Huawei Da Vinci Architecture yang berasaskan Rubik’s Cube Quantitative Stereo Arithmetic Unit mampu menjanjikan keupayaan AI yang lebih berkuasa. Dengan skor ujian penanda aras AI mencecah 32,280 poin, pretasi AI pada Kirin 810 dilihat jauh lebih baik berbanding pemproses mercu seperti Kirin 980, Snapdragon 855, dan juga MediaTek Helio P90.

Kirin 810 juga turut menyokong unit pemproses imej setaraf telefon pintar mercu dengan kehadiran teknologi IVP + ISP yang mampu mempertingkatkan algoritma keseimbangan white balance, pengurangan noise pada imej RAW dan banyak lagi. Jika dibandingkan dengan imej low-light yang diambil menggunakan Snapdragon 730, peranti Kirin 810 mampu menghasilkan imej yang lebih terang dan cantik.

Buat masa ini pemproses Kirin 810 telah digunakan buat pertama kalinya pada Huawei Nova 5 yang baru sahaja dilancarkan di China.

Baca juga:

Huawei Nova 5, Nova 5 Pro, Dan Nova 5i Diumumkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend