HUAWEI P40 Pro Mungkin Guna Paparan 120Hz Dan Bateri Graphene 5500mAh Comments Off on HUAWEI P40 Pro Mungkin Guna Paparan 120Hz Dan Bateri Graphene 5500mAh

Peniris terkenal, Yash Raj Chaudhary baru-baru ini telah berkongsi maklumat mengenai telefon pintar mercu HUAWEI P40 Pro akan datang. Pertama, model generasi terbaru nanti dikatakan bakal menggunakan bateri berkapasiti 5500mAh, bukan jenis Lithium-ion tetapi Graphene.

Menurut peniris, bateri Graphene mempunyai saiz 30 peratus lebih kecil berbanding Lithium-ion, bahkan peranti tersebut juga berpeluang untuk menggunakan sistem pengecasan pantas 50W bagi membolehkan bateri dipenuhkan dalam tempoh masa 45 minit.

Yash Raj turut memberitahu bahawa HUAWEI P40 Pro mungkin akan dilengkapi paparan Waterfall OLED 6.5-inci QHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Perkara ini sekaligus membolehkan pengilang mengeluarkan peranti dengan rupa menawan melalui reka bentuk nisbah skrin-ke-kerangka menjangkau 98 peratus.

Komponen dalamam pula, sudah pasti HUAWEI P40 Pro akan menggunakan sekurang-kurangnya cipset Kirin 990 atau Kirin 990 5G (integrasi modem 5G) – SoC yang sama digunakan pada siri Mate 30.

HUAWEI dijangka akan mengumumkan siri-P terbaru pada bulan Mac tahun hadapan, pada masa sama beberapa ciri dan fungsi terbaru turut akan diperkenalkan.

Baca juga:

HUAWEI P40 Dan P40 Pro Dipercayai Akan Hadir Dengan Sokongan Dwi OS – Harmony OS Dan Android

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend