
Sokongan lensa teleskop pada peranti HUAWEI bukanlah sesuatu yang baharu kerana teknologi penggambaran ini telahpun diperkenalkan buat pertama kalinya pada model HUAWEI P30 Pro yang diperkenalkan awal tahun ini.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh penganalisa pasaran popular iaitu Ming-Chi Kuo, HUAWEI bakal merevolusikan lagi keupayaan penggambaran dengan sokongan sehingga 10x zum optikal, berbanding hanya 5x zum optikal sebelum ini. Menurut pendedahan itu lagi, HUAWEI P40 Pro akan menampilkan lensa periskop yang diperbaharui.

HUAWEI P40 Pro yang akan dilancarkan pada bulan Mac 2020 nanti, akan menjadi telefon pintar pertama di dunia tersedia dengan fungsi 10x zum optikal. Sebagai rujukan, buat masa ini kebanyakan telefon pintar di pasaran termasuk HUAWEI dan OPPO hanya menyokong fungsi 10x zum hibrid.
Baca juga:
Reka Bentuk HUAWEI P40 dan P40 Pro Muncul Dalam Imej Pengolokan
Siri HUAWEI P40 Sah Akan Dilancarkan Pada Mac 2020 Dengan Sokongan HUAWEI Mobile Services