HUAWEI P40, P40 Pro Dan P40 Pro Premium Dijangka Akan Dijual Pada Harga Lebih Rendah?! Comments Off on HUAWEI P40, P40 Pro Dan P40 Pro Premium Dijangka Akan Dijual Pada Harga Lebih Rendah?!

Dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 2020 nanti, @RODENT950 baru-baru ini telah mendedahkan bahawa HUAWEI dijangka meletakkan tanda harga yang lebih rendah untuk siri HUAWEI P40, berbanding harga jualan siri HUAWEI P30 sebelum ini.

Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan, siri HUAWEI P40 dijangka akan dijual pada harga antara CNY3,599 (~RM2,110) hingga CNY6,599 (~RM3,880).

Sebagai rujukan, siri HUAWEI P30 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada harga RM2,699 untuk HUAWEI P30, manakala HUAWEI P30 Pro pula dijual pada harga RM3,799 (256GB) dan RM4,399 (512GB).

Berbeza dengan pelancaran siri P yang lepas, tahun ini HUAWEI dilaporkan akan tampil dengan tiga model berbeza iaitu HUAWEI P40, P40 Pro dan juga model tertinggi HUAWEI P40 Pro Premium.

Penurunan harga jualan untuk siri HUAWEI P40 ini dipercayai didorong oleh ketiadaan sokongan aplikasi dan perkhidmatan daripada Google atau lebih dikenali sebagai GApps.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend