HUAWEI P40 Dan P40 Pro Dipercayai Akan Hadir Dengan Sokongan Dwi OS – Harmony OS Dan Android Comments Off on HUAWEI P40 Dan P40 Pro Dipercayai Akan Hadir Dengan Sokongan Dwi OS – Harmony OS Dan Android 203

Pada minggu lepas kami ada mendedahkan bahawa HUAWEI dilaporkan akan mempertimbangkan sokongan dua sistem operasi pada peranti keluarannya.

Ternyata laporan itu telah disokong lagi dengan pendedahan yang dikongsikan oleh peniris terkenal iaitu Teme melalui akaun Twitter miliknya. Melalui tweet tersebut, dia telah melaporkan bahawa HUAWEI P40 dan P40 Pro dijangka akan diperkenalkan dengan sokongan dwi OS iaitu Harmony OS dan Android.

Perkara ini mungkin diambil oleh HUAWEI sebagai langkah yang perlu diambil berikutan sekatan penggunaan aplikasi Google. Walau bagaimanapun buat masa ini sokongan dwi OS ini masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan berkemungkinan besar siri HUAWEI P40 mungkin menjadi peranti terawal hadir dengna sokongan Harmony OS dan Android.

Baca juga:

HUAWEI Mempertimbangkan Untuk Membenarkan Sokongan Dua Sistem Operasi Serentak Pada Perantinya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend