HUAWEI P30 Pro Varian 8GB + 256GB Akan Mula Dijual Di Malaysia Dalam Masa Terdekat Ini Comments Off on HUAWEI P30 Pro Varian 8GB + 256GB Akan Mula Dijual Di Malaysia Dalam Masa Terdekat Ini 167

Bersempena acara tahunan IFA 2019 yang berlangsung baru-baru ini, HUAWEI telahpun mengumumkan penawaran dua warna baharu iaitu Misty Lavender dan juga Mistic Blue untuk model HUAWEI P30 Pro. Dijadualkan akan ditawarkan untuk pasaran global bermula 20 September (Jumaat), ternyata pengguna di negara ini akan turut menerima dua warna baharu itu dalam masa terdekat ini.

Melalui perkongsian yang dibuat melalui laman rasmi HUAWEI Malaysia, HUAWEI P30 Pro dalam warna Misty Lavender dan juga Mistic Blue sudah mula disenaraikan bersama-sama dengan empat warna sedia ada iaitu Breathing Crystal, Aurora, Black dan juga Amber Sunrise.

Misty Lavender

Kedua-dua warna baharu ini hanya ditawarkan dalam varian 8GB + 256GB sahaja, dan ia masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini. Sebelum ini HUAWEI telah mengumumkan bahawa HUAWEI P30 Pro dalam warna baharu ini akan dioperasikan dengan EMUI 10 berasaskan Android 10, sungguhpun begitu tidak dapat dipastikan sama ada unit yang dijual di negara ini akan hadir dengan antaramuka baharu itu ataupun tidak.

HUAWEI P30 Pro dalam warna Misty Lavender dan Mistic Blue akan dijual pada harga yang sama iaitu RM3,399, tetapi buat masa ini tarikh jualannya masih lagi belum diumumkan. Namun begitu ia dijangka akan mula ditawarkan dalam masa terdekat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend