HUAWEI P30 Pro, P30 Dan Nova 3i Kini Dijual Pada Harga Diskaun Sehingga RM400 – Hingga 30 September 2019 Comments Off on HUAWEI P30 Pro, P30 Dan Nova 3i Kini Dijual Pada Harga Diskaun Sehingga RM400 – Hingga 30 September 2019 309

Sebagaimana yang telah kami kongsikan semalam, HUAWEI Malaysia sebelum ini telah mengesahkan akan menawarkan promosi hebat dengan diskaun mencecah sehingga 50% untuk produk terpilih keluarannya pada 1 Julai hingga 8 Julai 2019. Menariknya hari ini (1 Julai 2019), HUAWEI Malaysia turut mengumumkan tiga telefon pintar popular keluarannya yang kini boleh dimiliki pada harga diskaun mencecah sehingga RM400.

Promosi yang berlangsung bermula 1 Julai hingga 30 September 2019, anda boleh memiliki HUAWEI P30 Pro (8GB + 256GB) pada harga hanya RM3,399 (RM3,799), dan HUAWEI P30 pula kini dijual pada harga RM2,299 (RM2,699). Manakala HUAWEI Nova 3i pula kini ditawarkan pada harga hanya RM799 (RM899).

Apa yang lebih istimewanya, pembelian ketiga-tiga peranti ini secara eksklusif di Huawei Online Official Store akan turut menerima hadiah percuma yang sangat menarik. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh menikmati jaminan waranti selama 2 tahun, dan ia boleh ditebus melalui aplikasi HiCare.

Klik untuk nikmati diskaun, hadiah percuma dan jaminan waranti 2 tahun hanya di Huawei Online Official Store:

Baca juga:

Nikmati Jaminan Waranti 2 Tahun Untuk Model Terpilih HUAWEI – 1 Julai Hingga 30 September 2019

[Ulasan] Huawei P30 – Tiga Kamera Leica ‘Huawei SuperSpectrum’ Dengan 30x Zum Digital

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend