HUAWEI P30 Pro NEW EDITION Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Jerman Pada 15 Mei Ini Comments Off on HUAWEI P30 Pro NEW EDITION Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Jerman Pada 15 Mei Ini

Walaupun siri HUAWEI P40 baru sahaja dilancarkan untuk pasaran global, HUAWEI Jerman baru-baru ini telah mengesahkan akan hadir dengan satu lagi model terbaharunya iaitu HUAWEI P30 Pro NEW EDITION di negara itu.

Penawaran edisi istimewa ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana HUAWEI Jerman sebelum ini telahpun tampil dengan model HUAWEI P30 Lite NEW EDITION. Berbeza dengan model sebelum ini, edisi tahun 2020 ini dilihat tampil dengan warna baharu, storan baharu UFS 2.1 yang lebih besar, dan turut dilengkapi dengan sambungan NFC.

Jadi berkemungkinan besar HUAWEI P30 Pro NEW EDITION yang akan dilancarkan pada 15 Mei nanti akan turut membawakan kelainan pada warna dan juga storan yang lebih besar.

Tetapi sama seperti siri HUAWEI P30 yang dilancarkan pada tahun 2019, HUAWEI P30 Pro NEW EDITION dikatakan akan masih menyokong Google Mobile Services (GMS).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend