HUAWEI P30 Pro Edisi Terhad ‘Misty Lavender’ Kini Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM3399 Comments Off on HUAWEI P30 Pro Edisi Terhad ‘Misty Lavender’ Kini Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM3399 335

Jika sebelum ini HUAWEI Malaysia telah mengumumkan ketersediaan jualan edisi terhad HUAWEI P30 Pro dalam warna ‘Mystic Blue’ untuk pasaran tempatan, hari ini satu lagi warna edisi terhad iaitu ‘Misty Lavender’ turut dijual secara rasmi pada harga RM3399.

Berbeza dengan warna sedia ada, HUAWEI P30 Pro dalam warna ‘Misty Lavender’ menampilkan sentuhan kemasan berbeza pada panel belakangnya iaitu bahagian atas berkilat, manakala dua pertiga panel kaca itu tampil dengan kemasan kusam (matte). Walau bagaimanapun penawaran warna baharu ini dilihat masih lagi dioperasikan dengan EMUI 9 berasaskan Android 9.0.

Bagi yang berminat untuk memiliki warna edisi terhad untuk HUAWEI P30 Pro ini, anda sudah boleh memilikinya di kedai fizikal HUAWEI Experience Store ataupun secara atas talian di HUAWEI Online Official Store. Sehingga 30 September 2019, pembelian HUAWEI P30 Pro akan turut didatangkan dengan jaminan waranti 1+1 tahun.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend