Huawei P30 Pro Dinobatkan Sebagai Telefon Pintar Berkamera Terbaik Di TIPA World Awards 2019 Comments Off on Huawei P30 Pro Dinobatkan Sebagai Telefon Pintar Berkamera Terbaik Di TIPA World Awards 2019

Pada setiap tahun, Huawei dilihat tampil dengan pelbagai inovasi baharu pada keupayaan penggambaran perantinya melalui penawaran siri Huawei P. Ternyata sentuhan empat kamera pada Huawei P30 Pro pada tahun ini turut mendapat pengiktirafan terbaik apabila dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori ‘Best Photo Smartphone’ oleh TIPA World Awards 2019.

Menariknya, ia merupakan tahun ketiga berturut-turut siri Huawei P telah berjaya merangkul anugerah berprestij sebagai telefon pintar berkamera terbaik di dalam anugerah tersebut. Huawei P30 Pro telah terpilih melalui sokongan sistem LEICA Quad Camera dengan penggunaan sensor kamera revolusi RYYB dan juga kemampuan 5x zum optikal.

Rekaan lensa dengan modul periskop pada Huawei P30 Pro mampu menawarkan ciri 5x zum optikal.

Kombinasi empat kamera pada Huawei P30 Pro juga telah menjanjikan mod penggambaran berbeza dengan penawaran lensa utama 40MP Huawei SuperSpectrum Sensor, lensa ultra-wide 20MP, lensa telefoto 8MP, dan juga lensa ToF. Selain menyokong lensa periskop 5x zum optikal, ia juga tersedia dengan ciri 10x zum hibrid dan juga 50x zum digital.

Miliki siri Huawei P30 secara eksklusif di Huawei Online Stores:

Baca juga:

Huawei P30 Pro Catat Skor Tertinggi Di DxOMark Dengan 112 Poin

Huawei P30 Pro Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM3,799 – Diikuti P30 Berharga RM2,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend