HUAWEI P30 Pro Dalam Warna Edisi Terhad ‘Mystic Blue’ Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM3,399 Comments Off on HUAWEI P30 Pro Dalam Warna Edisi Terhad ‘Mystic Blue’ Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM3,399 283

Sebagaimana yang telah kami laporkan pada minggu lepas, HUAWEI Malaysia kini sudahpun mula menjual HUAWEI P30 Pro dalam warna edisi terhad iaitu ‘Mystic Blue’ secara rasmi. Ditawarkan dalam varian 8GB + 256GB, HUAWEI P30 Pro edisi terhad ini dijual pada harga yang sama iaitu RM3,399.

Berbeza dengan warna sedia ada di pasaran, warna ‘Mystic Blue’ telah tampil dengan sedikit kelainan pada sentuhan warna panel belakang kacanya. Pada bahagian atas menerima kemasan warna berkilat, manakala bahagian bawahnya pula menerima kemasan warna kusam (matte).

Walau bagaimanapun, buat masa ini warna edisi terhad ‘Misty Lavender’ masih lagi belum diketahui bila akan mula dijual secara rasmi untuk pengguna tempatan. Menariknya sehingga 30 September 2019 nanti, pembelian peranti ini akan turut menerima jaminan waranti sehingga 2 tahun.

  • Beli HUAWEI P30 Pro (8GB + 256GB) ‘Mystic Blue’ dengan jaminan waranti sehingga 2 tahun pada harga RM3,399 di HUAWEI Online Official Store
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend