HUAWEI P30 Pro Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Baharu – Misty Lavender Dan Mystic Blue Comments Off on HUAWEI P30 Pro Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Baharu – Misty Lavender Dan Mystic Blue

Jika pada minggu lepas HUAWEI P30 dilaporkan akan tampil dalam dua warna baharu dengan sentuhan dua tona berbeza menggunakan skema warna ‘panda’ yang sebelum ini dipopularkan oleh Google. Nampaknya HUAWEI P30 Pro juga dipercayai akan turut diperkenalkan dalam dua warna baharu.

Melalui penyenaraian yang mula dibuat oleh penjual atas talian, dua warna baharu yang akan diperkenalkan untuk HUAWEI P30 Pro akan dikenali sebagai Misty Lavender dan juga Mystic Blue. Sungguhpun begitu, buat masa ini imej untuk kedua-dua warna baharu itu masih lagi belum didedahkan kepada umum.

Menariknya warna baharu untuk HUAWEI P30 Pro ini dikatakan akan diperkenalkan secara rasmi serentak dengan majlis pelancaran siri HUAWEI Mate 30 pada 19 September 2019 nanti.

sumber

Baca juga:

Rekaan Dua Tona HUAWEI P30 Diperlihatkan Dalam Permohonan Paten Terbaru

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend