Huawei P30, P30 Pro Dan P30 Lite Dipercayai Akan Menggunakan Kod Nama Berasaskan Majalah Fesyen Comments Off on Huawei P30, P30 Pro Dan P30 Lite Dipercayai Akan Menggunakan Kod Nama Berasaskan Majalah Fesyen

Baru-baru ini sebuah blog di Rusia telah berjaya mendedahkan kemunculan tiga model telefon pintar keluaran Huawei yang tampil dengan nama kod VOG-L29, ELE-L29 dan juga MAR-LX1M di laman rasmi Suruhanjaya Ekonomi Eurasian (EEC).

Apa yang menariknya, berita mengenai penggunaan kod nama ‘ELLE’ untuk model Huawei P30 telahpun berjaya didedahkan sejak Disember 2018 yang lalu, sekaligus mengesahkan bahawa ketiga-tiga kod nama ini merujuk kepada siri Huawei P30 yang akan dilancarkan secara rasmi pada suku petama tahun 2019 ini.

Melalui pendedahan yang tersebar di Internet, Huawei P30 Pro yang merupakan varian tertinggi akan menggunakan kod nama VOGUE, dan varian paling rendah Huawei P30 Lite pula akan tampil dengan kod nama ‘MARIE CLAIRE’. Menariknya kod nama yang digunakan jelas diambil berasaskan nama majalah fesyen antarabangsa.

Seperti yang diketahui setakat ini, Huawei P30 Lite dikatakan akan dikuasakan dengan pemproses Kirin 710 dan juga tiga kamera dengan sentuhan sensor Sony IMX600. Manakala Huawei P30 dan P30 Pro pula masing-masing akan dikuasakan dengan pemproses Kirin 980 dengan sokongan empat kamera yang menawarkan sensor utama Sony IMX607.

Siri Huawei P30 ini akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan Mac 2019 nanti dan ketiga-tiga varian akan menampilkan sokongan paparan skrin jenis OLED.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend