HUAWEI P30 Dengan Sokongan 6GB + 128GB Mula Ditawarkan Untuk Pasaran Di China Comments Off on HUAWEI P30 Dengan Sokongan 6GB + 128GB Mula Ditawarkan Untuk Pasaran Di China 355

Apabila dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada Mac 2019 yang lalu, HUAWEI P30 telah ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja iaitu 8GB + 128GB. Manakala untuk pasaran di China, peranti ini ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu 8GB + 64GB, 8GB + 128GB, dan juga 8GB + 256GB.

Vmall
JD.com

Dalam diam-diam, HUAWEI nampaknya telah memperkenalkan satu lagi varian baharu untuk model HUAWEI P30 dengan penawaran memori 6GB + 128GB untuk pasaran di China. Malah varian baharu ini dilihat sudahpun mula dijual di platform atas talian rasmi di Vmall serta pengedar popular JD.com, dan ia dijual pada harga yang sama seperti varian 8GB + 64GB iaitu CNY3,988 (~RM2,399).

Lebih menariknya, HUAWEI P30 dalam varian 6GB + 128GB ini turut ditawarkan dalam kesemua pilihan warna yang diumumkan sebelum ini iaitu Aurora, Breathing Crystal, Pearl White, Black dan juga Amber Sunrise.

  • Nikmati penjimatan sehingga RM400, hadiah percuma dan juga jaminan waranti sehingga 2 tahun (tempoh terhad) untuk model HUAWEI terpilih, eksklusif hanya di HUAWEI Online Official Store

Ulasan HUAWEI P30:

[Ulasan] Huawei P30 – Tiga Kamera Leica ‘Huawei SuperSpectrum’ Dengan 30x Zum Digital

Baca juga:

Nikmati Jaminan Waranti 2 Tahun Untuk Model Terpilih HUAWEI – 1 Julai Hingga 30 September 2019

HUAWEI P30 Pro, P30 Dan Nova 3i Kini Dijual Pada Harga Diskaun Sehingga RM400 – Hingga 30 September 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend