Huawei P30 dan P30 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 April 2019 Comments Off on Huawei P30 dan P30 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 April 2019

Huawei baru sahaja merasmikan pelancaran siri Huawei P30 yang berlangsung malam tadi di Paris, dan hari ini ada berita baik apabila laman sesawang rasmi Huawei Malaysia telah mengesahkan kehadiran model P30 dan P30 Pro pada 2 April 2019 ini.

Pendedahan tarikh pelancaran siri Huawei P30 ini secara tidak langsung mengesahkan Malaysia sebagai antara negara terawal akan menerima kemasukan kedua-dua model terbaharu daripada Huawei itu. Sebelum ini Huawei sendiri telah mendedahkan untuk memperluaskan lokasi pelancaran jualan siri Huawei P30 pada hari pertama jualannya nanti.

Daftar minat anda sekarang di laman sesawang Huawei dan dapatkan baucar aksesori bernilai RM10 secara percuma.

Sekiranya berminat, anda boleh mendaftar minat dengan memasukkan alamat emel untuk makluman awal, dan dalam masa yang sama akan turut menerima baucar aksesori bernilai RM10 secara percuma. Buat masa ini harga jualan untuk Huawei P30 dan P30 Pro di Malaysia masih lagi belum didedahkan.

Baca juga:

Huawei P30 dan P30 Kini Rasmi Dengan Kirin 980, Kamera 40MP LEICA dan Bateri Lebih Besar

Huawei Malaysia Akan Mengadakan Pelancaran Jualan Siri Huawei P30 Di 11 Lokasi Berbeza Di Seluruh Negara

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend