[Kemas Kini] Huawei P20 Pro Berhadapan Dengan Isu Game Suite Selepas Dikemaskini – CLT-L29 8.1.0.154 (C636) Comments Off on [Kemas Kini] Huawei P20 Pro Berhadapan Dengan Isu Game Suite Selepas Dikemaskini – CLT-L29 8.1.0.154 (C636)

Kemas kini artikel: Kami baru sahaja menghubungi Huawei Malaysia dan menurut mereka, kemas kini CLT-L29 8.1.0.154 (C636) sebenarnya merupakan versi kemas kini versi beta untuk pengguna yang menyertai program Beta. Disebabkan oleh itu, versi kemas kini beta ini dikatakan kurang stabil dan sekaligus menyebabkan isu pada Game Suite.

Menurut Huawei Malaysia lagi, kesemua peserta program beta ini akan mula menerima kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie versi beta bermula jam 10 malam ini, iaitu sejurus selepas majlis pelancaran siri Huawei Mate 20 diadakan.

Huawei P20 Pro yang telah dinobatkan sebagai telefon pintar berkamera terbaik oleh DxOMark sememangnya boleh dianggap antara peranti terbaik pernah dihasilkan oleh Huawei setakat ini. Jika sebelum ini ia telah tersenarai sebagai salah sebuah daripada telefon pintar terpilih keluaran Huawei yang akan menerima program Android 9.0 Pie, baru-baru ini pemilik peranti ini telahpun menerima satu lagi kemas kini baharu.

Melalui kemas kini yang tampil dengan versi CLT-L29 8.1.0.154 (C636), Huawei P20 Pro akan menerima penambahbaikan keselamatan sistem untuk bulan September. Namun terdapat laporan yang mengatakan bahawa aplikasi Game Suite pada peranti milik mereka tidak dapat diakses.

Permainan tidak boleh dimasukkan ke dalam Game Suite walaupun butang ‘Add’ diklik.

Menurut pengguna yang terlibat dengan isu berkenaan, kesemua permainan yang telah disimpan di dalam aplikasi Game Suite akan hilang selepas dikemaskini. Malah proses untuk memasukkan semula permainan itu di dalam Game Suite tidak berjaya kerana butang ‘Add’ tidak berfungsi apabila ditekan.

Miliki model ini di kedai atas talian rasmi Huawei Malaysia sekarang:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend