Huawei P20 Disahkan Sokong Tiga Kamera Dengan Kemampuan AI 0 153

Huawei hari ini telah berkongsi sebuah klip video pendek yang ringkas tetapi sediki sebanyak telah mengesahkan sokongan konfigurasi tiga kamera pada peranti terbarunya iaitu Huawei P20.

Melalui klip video tersebut, Huawei P20 dengan sokongan tiga lensa untuk kamera utamanya dilihat mampu mengambil gambar dengan lebih jelas dan terang walaupun dalam persekitaran yang gelap melalui bantuan kecerdasan buatan (AI).

Pengesahan tiga kamera itu jelas dapat dilihat melalui kemunculan tiga gelung di dalam klip tersebut. Malah tanda pagar (hashtag) di dalam tweet @HuaweiMobile itu turut menekankan penggunaan tiga huruf ‘o’ pada perkataan #SeeMooore. Huawei juga berkongsi bahawa Huawei P20 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac 2018 nanti.

*Nota: gambar Huawei P20 yang dikongsikan ini merupakan rekaan konsep yang tertiris di Internet.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend