HUAWEI Nova 7i Akan Tiba Di Malaysia Secara Rasmi Pada 14 Februari 2020 Comments Off on HUAWEI Nova 7i Akan Tiba Di Malaysia Secara Rasmi Pada 14 Februari 2020

HUAWEI Malaysia hari ini telah mengumumkan akan membawa masuk model terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan penawaran model HUAWEI Nova 7i menjelang 14 Februari 2020 ini.

Model yang lebih dikenali sebagai HUAWEI Nova 6 SE untuk pasaran di China, sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi pada awal Disember 2019 yang lalu. Menurut pengumuman yang dikongsikan, Malaysia merupakan negara global pertama menerima kemasukan model ini.

Sakura Pink

Apa yang menariknya, HUAWEI Nova 7i akan memfokuskan fungsi panggilan video terbina-dalam yang akan dikenali sebagai MeeTime, yang mana ia mampu menjanjikan kualiti audio dan video terbaik walaupun di dalam gelap.

Crush Green

HUAWEI Nova 7i yang disasarkan untuk segmen kelas pertengahan ini telah dikuasakan dengan cipset Kirin 810, kombinasi memori 8GB RAM serta storan dalaman sebesar 128GB, dan akan dioperasikan oleh EMUI 10 berasaskan Android 10.

Hadir dengan paparan skrin IPS LCD sebesar 6.4 inci beresolusi FHD+ (2310 x 1080 piksel), HUAWEI Nova 7i turut menyokong rekaan lubang kamera depan dalam skrin beresolusi 16MP.

Midnight Black

Selain itu ia turut menyokong kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth). Malah ia turut memiliki bateri berkapasiti 4200mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W.

Baca juga;

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend