
Kemas kini: Berdasarkan maklumat yang kami terima, HUAWEI Nova 7i akan mula dijual secara rasmi di pasaran tempatan bermula 22 Februari 2020 nanti.
Seperti yang dinanti-nantikan, akhirnya HUAWEI Malaysia telahpun mengumumkan harga jualan rasmi untuk model Nova 7i yang merupakan peranti pertama di negara ini dengan sokongan cipset Kirin 810.
Dijual pada harga RM1099, pra-tempah untuk HUAWEI Nova 7i akan bermula pada 14 hingga 21 Februari 2020 ini secara eksklusif di HUAWEI Online Official Store. Menariknya setiap pra-tempah akan turut menerima HUAWEI Band 4 secara percuma.
HUAWEI Nova 7i didatangkan dengan paparan skrin 6.4 inci FHD+, dikuasakan dengan Kirin 810, dioperasikan oleh EMUI 10 (Android 10), tiga kamera utama beresolusi 48MP, kamera depan 16MP, dan juga bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W.
- Pra-tempah HUAWEI Nova 7i dan percuma HUAWEI Band 4 secara eksklusif pada 14 hingga 21 Februari 2020 hanya di HUAWEI Online Official Store.
Baca juga: