HUAWEI Nova 6 SE Mungkin Hadir Dengan Rekaan Kamera Belakang Seperti iPhone 11 Pro Comments Off on HUAWEI Nova 6 SE Mungkin Hadir Dengan Rekaan Kamera Belakang Seperti iPhone 11 Pro

Pada 5 Disember 2019 HMD Global telah mengesahkan akan memperkenalkan telefon pintar terbaru. Ia merupakan hari yang sama di mana HUAWEI akan melancarkan peranti 5G mereka menerusi model HUAWEI nova 6. Pada hari sama, syarikat China ini juga besar kemungkinan bakal memperkenalkan nova 6 SE.

Terkini, tertiris pula gambar menunjukkan reka bentuk peranti di Twitter melalui Huawei Club (@ClubHuawei) dan Teme (@RODENT950). Kedua-dua akaun ini sering meniriskan maklumat berkaitan peranti-peranti HUAWEI dan HONOR yang terbaru.

Baiklah, bercakap tentang nova 6 SE, ia hadir dengan rekaan kamera belakang seakan iPhone 11 Pro tetapi dengan lensa extra. LED Flash pula telah diletakkan di bawah modul kamera berserta cop yang tertera nama kamera.

Manakala pada bahagian depan, nova 6 SE tampil dengan skrin penuh dengan lubang kamera. Memandangkan pengimbas cap jari peranti terletak pada kerangka telefon, besar kemungkinan skrin ini tidak menggunakan panel jenis OLED.

Imej yang kedua pula menunjukkan spesifikasi peranti. HUAWEI nova 6 SE dilengkapi pemproses Kirin 810, menjadikan ia sebuah telefon kelas pertengahan. Ia turut didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas SuperCharge 40W namun butiran lain-lain kelengkapan tidak kelihatan. Apa yang pasti, tiada sokongan 5G.

Nova 6 SE ialah peranti yang kedua menggunakan nama SE. Model pertama adalah HUAWEI Mate SE pada 2018 begitu juga penjenamaan semula kepada HONOR 7X. Bagi yang belum tahu, nama SE telah mula diperkenalkan oleh Apple pada tahun 2016 menerusi iPhone SE.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend