HUAWEI Nova 6, Nova 6 5G Dan Nova 6 SE Kini Rasmi Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 40W Comments Off on HUAWEI Nova 6, Nova 6 5G Dan Nova 6 SE Kini Rasmi Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 40W

HUAWEI baru-baru ini telahpun melancarkan siri Nova baharu di China dengan mengumumkan kemunculan tiga varian berbeza iaitu Nova 6, Nova 6 5G Dan juga Nova 6 SE. Jika dilihat pada sokongan spesifikasi dan juga rekaan, HUAWEI Nova 6 dan Nova 6 5G kelihatan hampir sama iaitu dilengkapi dwi kamera depan pada skrin dan juga sokongan rekaan tiga kamera utama yang menegak.

Manakala HUAWEI Nova 6 SE pula menampilkan sedikit kelainan dengan menyokong hanya satu kamera depan pada skrin yang sama seperti generasi Nova sebelum ini. Menariknya bahagian belakang peranti ini dilengkapi kuad kamera dengan rekaan kamera matriks yang kini menjadi trend pengeluar.

HUAWEI Nova 6/Nova 6 5G

Dari segi rekaan fizikal, kedua-dua model ini memiliki rekaan yang sama iaitu paparan skrin IPS LCD FHD+ berukuran 6.57 inci. Malah ia juga merupakan model pertama daripada HUAWEI yang menampilkan sokongan dwi kamera depan pada skrin dengan resolusi 32MP (f/2.0) + 8MP (Ultra Wide, f/2.2).

Manakala bahagian belakang HUAWEI Nova 6 dan Nova 6 5G ini pula tersedia dengan tiga kamera utama beresolusi 40MP (f/1.8) + 8MP (Telephoto, OIS, 3x zum optikal) + 8MP (Ultra Wide, f/2.4). Keupayaan penggambaran turut dibantu oleh teknologi fokus menggunakan Laser AF yang ditempatkan pada bahagian bawah tiga lensa tersebut.

Tersedia dalam dua varian iaitu 8GB + 128GB dan 8GB + 256GB, HUAWEI Nova 6 dan Nova 6 5G dikuasakan dengan cipset Kirin 990, dioperasikan oleh EMUI 10 berasaskan Android 10, dan juga sensor pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa. Malah ia turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W.

Selain menyokong pengimbas cap jari pada butang kuasa, HUAWEI Nova 6 dan Nova 6 5G turut dilengkapi teknologi penyejukan.

Apa yang membezakan antara kedua-dua model ini adalah HUAWEI Nova 6 menyokong bateri berkapasiti 4100mAh, manakala Nova 6 5G pula memiliki bateri lebih besar iaitu 4200mAh. Selain itu cipset pada Nova 6 5G juga turut dilengkapi dengan sokongan modem Balong 5000 5G untuk capaian rangkaian 5G.

This slideshow requires JavaScript.

HUAWEI Nova 6 SE

Walaupun hadir dalam siri Nova 6, HUAWEI Nova 6 SE menampilkan rekaan fizikal yang sama sekali berbeza dengan dua varian lagi. Ia dilengkapi dengan paparan skrin IPS LCD FHD+ berukuran 6.4 inci yang memiliki satu kamera depan beresolusi 16MP pada bahagian atas kiri skrin.

Nova 6 SE dikuasakan dengan cipset kelas pertengahan terbaharu daripada HUAWEI iaitu Kirin 810, dan didatangkan dalam satu varian sahaja iaitu 8GB + 128GB. Ketahanan pengoperasian peranti ini telah digalas oleh bateri berkapasiti 4200mAh, yang juga tersedia dengan teknologi pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W.

Apa yang menariknya, HUAWEI Nova 6 SE memiliki kedudukan dan juga rekaan kuad kamera yang mirip seperti Google Pixel 4, iaitu kombinasi lensa beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth sensor).

This slideshow requires JavaScript.

Harga jualan rasmi di China:

  • HUAWEI Nova 6
    • 8GB + 128GB → CNY3,199 (~RM1,890)
  • HUAWEI Nova 6 5G
    • 8GB + 128GB → CNY3,799 (~RM2,244)
    • 8GB + 256GB → CNY4,199 (~RM2,480)
  • HUAWEI Nova 6 SE
    • 8GB + 128GB → CNY2,199 (~RM1,299)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend