HUAWEI Nova 6 5G Mungkin Mengenakan Kuadkamera 60MP, Spesifikasi Tinggi Comments Off on HUAWEI Nova 6 5G Mungkin Mengenakan Kuadkamera 60MP, Spesifikasi Tinggi 277

Kebelakangan ini, desas-desus mengenai HUAWEI Nova 6 5G telah hangat diperkatakan. Peranti ini tidak lagi menyamai generasi yang sebelumnya malah akan dikeluarkan dalam varian 5G.

Baca: HUAWEI Nova 6 Varian 5G Dan 4G Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Teknologi Pengecasan Pantas 40W

Menurut khabar angin terbaru, Nova 6 5G akan dilengkapi kamera belakang 60MP utama + 16MP ultralebar + 2MP kedalaman + 2MP makro dan dua kamera depan seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Tetapi kini dengan megapiksel-nya, ia menyertakan 32MP dan 12MP.

Rekaan yang mula tertiris

Pada cip pemproses, nampaknya tidak berubah dengan ura-ura sebelum ini yang mana akan dikuasakan Kirin 990 5G disamping sambungan NSA/SA mod dwi-5G. Paparan dengan lubang kamera juga dibentangkan sebesar 6.4-inci sokongan pengimbas cap jari dalam skrin.

Baca: Imej Sebenar HUAWEI Nova 6 5G Dengan Rekaan Dwi Kamera Dalam Skrin Mula Tertiris

Nova 6 5G akan diperkasakan memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB pada harga bermula 3499 hingga 4099 Yuan (~RM2063-RM2416) sebuah.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend