HUAWEI Nova 6 5G Dengan Dwi Kamera Depan Peroleh Skor Tertinggi Untuk ‘DxOMark Selfie’ Comments Off on HUAWEI Nova 6 5G Dengan Dwi Kamera Depan Peroleh Skor Tertinggi Untuk ‘DxOMark Selfie’

DxOMark kini telah meletakkan HUAWEI Nova 6 5G sebagai telefon pintar dengan sokongan prestasi kamera depan terbaik bagi kategori ‘DxOMark Selfie’ dengan mencatatkan skor tertinggi iaitu 100 mata.

Dilengkapi dengan sokongan dwi kamera depan beresolusi 32MP (f/2.0) dengan fungsi auto fokus dan kamera kedua beresolusi 8MP (f/2.2) untuk mod penggambaran Ultra Wide, ia telah berjaya mengatasi Samsung Galaxy Note10+ 5G (99 mata) dan juga ASUS ZenFone 6 (98 mata).

Berdasarkan ujian yang dilaksanakan oleh DxOMark, HUAWEI Nova 6 5G memperolehi 103 mata untuk prestasi kamera statik, iaitu 2 mata lebih tinggi berbanding Galaxy Note10+ 5G. Manakala untuk prestasi rakaman video menggunakan kamera depan pula ia memperolehi 93 mata, setanding dengan Galaxy Note10+ 5G.

Baca juga:

Nokia 7.2 Memperolehi 78 Mata Untuk Keupayaan Penggambaran Swafoto Di DxOMark

Sony Xperia X5 Terima Skor 79 Mata Untuk Keupayaan Kamera Depan Beresolusi 8MP – DxOMark

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend