Huawei Nova 5i Pro Dipercayai Sokong Kirin 810, Empat Kamera Dan Pengecasan Pantas 20W Comments Off on Huawei Nova 5i Pro Dipercayai Sokong Kirin 810, Empat Kamera Dan Pengecasan Pantas 20W 309

Huawei baru sahaja melancarkan siri Huawei Nova 5 di China pada minggu lepas dengan kemunculan model Nova 5, Nova 5 Pro dan juga Nova 5i. Menariknya, melalui perkongsian yang berjaya diperolehi melalui laman e-dagang terkenal di China iaitu JD.com telah mendedahkan kemunculan satu model daripada siri itu yang akan dikenali sebagai Huawei Nova 5i Pro.

Melalui pendedahan yang telah tertiris baru-baru ini, imej pengolokan Huawei Nova 5i Pro telah memperlihatkan paparan skrin dengan rekaan lubang kamera mirip seperti Nova 4. Manakala panel belakang peranti ini juga dipercayai akan hadir dengan sokongan empat kamera, dan juga sensor pengimbas cap jari fizikal.

Berdasarkan pendedahan awal yang telah dikongsikan, Huawei Nova 5i Pro juga dipercayai akan dikuasakan dengan Kirin 810, menyokong skrin IPS LCD berukuran 6.4 inci FHD+, kamera depan 24MP, dan juga tersedia dalam dua pilihan storan iaitu 6GB + 128GB atau 8GB + 128GB.

Huawei Nova 5i Pro juga dikatakan memiliki bateri berkapasiti 4000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 20W. Namun begitu, ada juga daripada portal luar negara seperti Gizmochina yang merujuk model ini sebagai Huawei Mate 30 Lite. Sebaliknya @evleaks yang sememangnya terkenal dengan ketepatan berita tertiris yang dikongsikan, percaya bahawa ia merupakan model Huawei Nova 5i Pro.

Baca juga:

Huawei Perkenal Kirin 810 Berasaskan Cip 7nm Dengan Prestasi AI Lebih Baik Berbanding Snapdragon 855

Huawei Nova 5, Nova 5 Pro, Dan Nova 5i Diumumkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend