HUAWEI Nova 5 Pro Habis Terjual Dalam Tempoh Dua Jam Pada Hari Pertama Jualannya Di China Comments Off on HUAWEI Nova 5 Pro Habis Terjual Dalam Tempoh Dua Jam Pada Hari Pertama Jualannya Di China 586

Dilancarkan secara rasmi pada 21 Jun 2019 yang lepas, HUAWEI telah memperkenalkan siri Nova baharu dengan kemunculan Nova 5, Nova 5 Pro dan juga Nova 5i. Sebagaimana yang diketahui,HUAWEI Nova 5 Pro telahpun mula dijual untuk pasaran China pada 28 Jun, manakala model Nova 5 pula dijadualkan mula memasuki pasaran pada 20 Julai depan.

Melalui perkongsian daripada portal mydriversHUAWEI telah mengumumkan bahawa Nova 5 Pro telah berjaya mendapat permintaan yang sangat positif apabila kesemua stok yang ada telah habis terjual dalam tempoh dua jam pada hari pertama jualannya di negara itu.

Sambutan positif untuk HUAWEI Nova 5 Pro mungkin didorong oleh sokongan spesifikasi yang baik iaitu dikuasakan dengan cipset Kirin 980, 8GB RAM, storan sehingga 256GB, bateri berkapasiti 4000 mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W, skrin OLED 6.39 inci FHD+, kamera depan 32MP, dan juga empat kamera utama beresolusi 48MP + 16MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor) + 2MP (Macro).

Malah harga jualan yang kompetitif turut menjadi pilihan pengguna kerana Nova 5 Pro dalam varian 8GB + 128GB dijual pada harga CNY2,999 (~RM1,810), manakala varian 8GB + 256GB pula ditawarkan pada harga CNY3,399 (~RM2,052).

Miliki siri HUAWEI Nova 4 dengan hadiah percuma hanya di Huawei Online Official Store:

Promosi Jualan Pertengahan Tahun HUAWEI Online Official Store:

Jualan Pertengahan Tahun ‘HUAWEI Online Official Store’ Tawar Diskaun Dan Hadiah Percuma – Hingga 30 Jun 2019

Baca juga: 

Huawei Nova 5, Nova 5 Pro, Dan Nova 5i Diumumkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend