Huawei Nova 5, Nova 5 Pro, Dan Nova 5i Diumumkan Secara Rasmi Comments Off on Huawei Nova 5, Nova 5 Pro, Dan Nova 5i Diumumkan Secara Rasmi

Setelah sekian lama mendengar perkembangan telefon pintar Huawei Nova 5, akhirnya peranti ini dilancarkan secara rasmi di China. Tiga model yang diumumkan ialah Huawei Nova 5, Huawei Nova 5 Pro, dan Huawei Nova 5i. Dengan pelancaran ketiga-tiga peranti ini, kita boleh menyangkal dakwaan bahawa Huawei akan menyingkirkan nama Nova untuk sub-jenama baharu.

Huawei Nova 5 Pro

Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi tinggi yang mana hadir dengan paparan 6.39-inci OLED FHD+ menggunakan takuk kecil titisan air yang menempatkan kamera depan 32MP. Sokongan lain turut diberikan pada paparan ialah fungsi pengimbas cap jari dalam skrin.

Kamera belakang dilengkapi empat sensor iaitu 48MP + 16MP sudut lebar + 2MP kedalaman + 2MP lensa makro. Ia hadir dengan cip pemproses paling berprestasi oleh Huawei melalui Kirin 980, memori 8GB RAM, storan seluas 128GB atau 256GB, dan bateri sebesar 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W.

Huawei Nova 5 Pro dijual pada harga bermula CNY2,999 (~RM1,810) untuk varian 8GB+128GB dan CNY3,399 (~RM2,052) untuk varian 8GB+256GB.

Selain daripada itu, Huawei turut mengumumkan Nova 5 Pro Limited Edition dengan fon telinga canggih Huawei Freelace berwarna ungu yang disertakan di dalam kotak pada harga CNY3,799 (~RM2,293).

Huawei Nova 5

Model ini merupakan peranti kelas pertengahan yang dikuasakan cipset terbaru Kirin 810. Ia mempunyai cip lapan teras dengan dua daripadanya adalah Cortex-A76 2.27GHz dan enam Cortex-A55 1.88GHz serta Mali-G52 MP6 GPU.

Daripada segi paparan, Nova 5 menggunakan skrin yang sama seperti model Pro, begitu juga pada bahagian kamera belakang. Bagaimanapun, hanya satu pilihan memori ditawarkan iaitu 8GB+128GB dengan tanda harga CNY2,799 (~RM1,690).

Huawei Nova 5i

Telefon pintar ini memiliki spesifikasi paling rendah diantara ketiga-tiga model Nova 5, tetapi cipset yang digunakan masih lagi terbaik untuk segmen pertengahan. Nova 5i diperkasakan cip pemproses Kirin 710 dan digandingkan bersama pilihan memori 6GB+128GB atau 8GB+128GB.

Rekaan depan peranti ini sedikit berlainan dengan dua model di atasnya, paparan berlubang turut menyediakan kamera swafoto 24MP manakala konfigurasi kamera belakang menggabungkan sensor 24MP + 8MP sudut lebar + 2MP kedalaman + 2MP lensa makro.

Bateri yang dimuatkan pula ialah 4,000mAh sama saiz dengan Nova 5 Pro dan Nova 5 tetapi dengan teknologi pengecasan 18W. Pilihan warna yang ditawarkan pula adalah Amber Red, Black, dan Sea Blue. Tanda harga pula ialah CNY1,999 (~RM1,207) dan CNY2,199 (~RM1,327).

Pihak Huawei tidak mengulas lanjut mengenai sistem perisian, tetapi ketiga-tiga telefon pintar ini dioperasikan EMUI 9.1 berasaskan Android Pie. Bagaimanapun tiada pengumuman untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

melalui

Miliki siri Huawei Nova 4 anda hari ini hanya di Huawei Online Official Store:

Baca juga:

Huawei MediaPad M6 Dilancarkan Dengan Sokongan Kirin 980, Skrin 2K Dan Empat Speaker Harman Kardon

Huawei Perkenal Kirin 810 Berasaskan Cip 7nm Dengan Prestasi AI Lebih Baik Berbanding Snapdragon 855

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend