Huawei Nova 5 Dan Nova 5i Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Depan – 21 Jun 2019 Comments Off on Huawei Nova 5 Dan Nova 5i Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Depan – 21 Jun 2019 668

Sejak awal bulan Mei 2019 yang lalu, pelbagai berita tentang Huawei Nova 5 dan Nova 5i telah berjaya didedahkan di Internet. Nampaknya segala teka-teki tentang siri Nova 5 ini bakal terjawab, apabila Huawei telah mendedahkan tarikh pelancaran rasmi peranti tersebut melalui perkongsian video pendek di laman Weibo.

 

Berdasarkan video pendek berdurasi 10 saat itu, siri Huawei Nova 5 telahpun disahkan akan dilancarkan menjelang minggu depan iaitu pada 21 Jun 2019 (Jumaat) di China. Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat berhubung spesifikasi peranti itu didedahkan buat masa ini.

Huawei P20 Lite (2019) yang dilancarkan untuk pasaran Eropah, mungkin akan dikenali sebagai Huawei Nova 5i untuk pasaran lain.

Namun begitu, ada dakwaan yang berpendapat bahawa Huawei P20 Lite (2019) yang baru sahaja dilancarkan di Eropah baru-baru ini akan dikenali sebagai Huawei Nova 5i untuk pasaran global yang lain. Jika benar, Huawei Nova 5i akan dikuasakan dengan Kirin 710, skrin 6.4 inci FHD+, RAM 6GB, storan sehingga 128GB, bateri 4000 mAh (10W), dan juga empat kamera utama beresolusi 24MP + 8MP + 2MP + 2MP.

Imej pengolokan yang dipercayai milik Huawei Nova 5.

Manakala Huawei Nova 5 pula dipercayai akan dikuasakan dengan Kirin 980, hadir dengan skrin 6.39 inci FHD+, bateri 3500 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W, dan juga menyokong kamera depan beresolusi 25MP. Untuk penggambaran utamanya pula, ia dikatakan hadir dengan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP + 12.3MP (Ultra Wide Angle) + ToF sensor.

Baca juga:

Huawei P20 Lite (2019) Kini Rasmi Dengan Skrin 6.4″, Empat Kamera Dan Bateri 4000 mAh

Telefon Pintar Misteri Huawei Dipercayai Hadir Dengan Kirin 980, Skrin 6.39″ FHD+ dan Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend