Huawei Nova 4 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Kamera 48MP Pertama Di Dunia Comments Off on Huawei Nova 4 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Kamera 48MP Pertama Di Dunia

Huawei Nova 4 hari ini dilancarkan secara rasmi kepada umum, membawakan sistem tri-kamera yang mana salah satunya dilengkapi sensor 48MP Sony IMX586 pertama di dunia.

Peranti ini turut dipadankan dengan paparan penuh bersaiz 6.4-inci FHD+ dengan kamera swafoto dalam skrin. Apa yang menariknya, sensor sampingan lain telah disembunyikan pada bingkai. Ahli keluarga Nova terbaru ini juga dikuasakan cip pemproses Kirin 970 dengan memori 8GB RAM serta storan dalaman seluas 128GB.

Badan peranti ini dibina berasaskan kaca dan kemasan warna cerun yang menarik. Sumber kuasa pula dijana bateri sebesar 3750mAh beserta sokongan pengecasan pantas 18W. Ciri lain yang disediakan antaranya adalah keupayaan dwi-SIM dwi VoLTE, antaramuka EMUI 9 berasaskan Android Pie, dan pengimbas cap jari di panel belakang.

Huawei Nova 4 ditawarkan dengan dua varian di China pada harga bermula CNY3099 (~RM1875) dan CNY3399 (~RM2057) seunit. Bagaimanapun tiada tarikh khusus bilakah ia akan dijual di Malaysia.

Spesifikasi

  • 6.4″ FHD+ 2310 x 1080
  • HiSilicon Kirin 970
  • EMUI 9 + Android 9.0 Pie
  • Memori 8GB + 128GB
  • Kamera utama: 16MP + 20MP + 2MP / 16MP + 48MP + 2MP
  • Kamera depan: 25MP
  • Bateri 3750mAh pengecasan pantas 18W (9V/2A)
  • Bluetooth 5.0, USB Type-C, Pengimbas cap jari
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend