Huawei Nova 4 Dengan Kamera Swafoto Di Dalam Skrin Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 17 Disember 2018 Comments Off on Huawei Nova 4 Dengan Kamera Swafoto Di Dalam Skrin Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 17 Disember 2018

Sejak seminggu yang lalu, sebuah peranti misteri dengan rekaan kamera swafoto di dalam skrin pertama keluaran Huawei telah mula tertiris di Internet. Berdasarkan maklumat yang diterima, peranti misteri yang pertama di dunia hadir dengan rekaan sebegitu itu dipercayai akan diperkenalkan sebagai model Huawei Nova 4.

Hari ini Huawei telah mengesahkan berita ketirisan itu apabila mula memuat naik poster pelancaran Huawei Nova 4 itu melalui laman Weibo milik mereka. Melalui poster itu juga jelas dapat dilihat rekaan kamera swafoto di dalam skrin dan juga saiz bezel nipis yang disokong oleh Huawei Nova 4.

Jadi bagi mengetahui spesifikasi penuh dan juga rekaan sebenar Huawei Nova 4 ini, sama-sama kita nantikan pendedahannya pada 17 Disember nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend