Huawei Nova 3 Kini Terima Fungsi Penggambaran ‘Super Night Mode’ Melalui Kemas Kini Baharu Comments Off on Huawei Nova 3 Kini Terima Fungsi Penggambaran ‘Super Night Mode’ Melalui Kemas Kini Baharu

Apabila Huawei melancarkan siri Huawei P20 buat pertama kalinya, antara fungsi yang paling mendapat perhatian ramai adalah sokongan penggambaran ‘Super Night Mode’ dengan sokongan AI. Melalui mod istimewa ini, pengguna boleh mengambil gambar pada waktu malam dalam kualiti yang sangat terang dan jelas tanpa perlu menggunakan bantuan tripod.

Kini fungsi menarik itu turut boleh dinikmati oleh pemilik peranti Huawei Nova 3 melalui kemas kini baharu yang sudah boleh dimuat turun mulai hari ini. Melalui kemas kini itu, pengguna boleh mengambil gambar di dalam persekitaran gelap tanpa perlu risaukan masalah hasil gambar yang kabur melalui sokongan dwi lensa beresolusi 24MP (Monokrom) + 16MP (RGB) dengan aperture f/1.8.

Huawei Nova 3 yang dijual pada harga RM1,919 kini boleh dibeli di https://shop.huawei.com/my/  dan setiap pembelian akan turut menerima kad Nova VIP Privilege yang menawarkan hadiah serta baucar eksklusif bernilai RM1000 secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend