Huawei Nova 2i Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Hanya RM999 Comments Off on Huawei Nova 2i Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Hanya RM999

Bersempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakan pada 13 Mei 2018 (Ahad) ini, Huawei Malaysia telah menawarkan model Huawei Nova 2i pada harga hanya RM999 berbanding harga asalnya iaitu RM1,099.

Penurunan harga sebanyak RM100 ini sudahpun berkuat kuasa bermula 5 Mei 2018 yang lalu dan ia boleh dimiliki dalam dua warna pilihan iaitu Aurora Blue dan juga Graphite Black. Lebih menariknya, kedai rasmi Huawei di Lazada turut menawarkan hadiah percuma powerbank dari Huawei dengan kapasiti 6700 mAh secara percuma.

Huawei Nova 2i menyokong paparan FullView Display berukuran 5.93 inci dengan resolusi FHD+ (2160 x 1080 piksel), dikuasakan oleh pemproses HiSilicon Kirin 659, dioperasikan dengan EMUI 8.0 (berasaskan Android 8.0 Oreo), ruang storan 64GB + RAM 4GB, dan juga bateri berkapasiti 3340 mAh.

Beli Huawei Nova 2i:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend