
Huawei telah memperkenalkan kad NM pada majlis pelancaran siri Mate 20 di London bulan lalu. Kad NM yang lebih kecil berbanding microSD ini juga adalah yang pertama di dunia digunakan secara komersial.
Terdahulu, kami dikhabarkan kad NM ini akan mula dijual di Malaysia dengan varian 128GB sahaja, tetapi tidak diberitahu tarikh khusus bilakah ia mula dijual. Bagaimanapun, hari ini kami telah dimaklumkan kedai Satu Gadget Dot Com di Kuala Lumpur telah mula menjualnya pada harga RM299.
Setelah mengunjungi kedai, jurujual tersebut memberitahu harga yang dijual adalah lebih mahal sedikit berbanding harga runcit yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Bila diulas lanjut, jurujual memberitahu tanda harga rasmi yang akan dijual tidak lama lagi adalah kurang RM1 daripada harga jualan di kedai mereka.
- Beli Huawei Mate 20 (RM,2799) di https://shop.huawei.com/my
- Beli Huawei Mate 20 Pro (RM3,599) di https://shop.huawei.com/my