Huawei Mungkin Menawarkan Pemacu 1TB Yang Boleh Mengecas Peranti Untuk Pembelian Siri P30 Comments Off on Huawei Mungkin Menawarkan Pemacu 1TB Yang Boleh Mengecas Peranti Untuk Pembelian Siri P30

Belum dilancarkan secara rasmi lagi, Huawei sudah mengumumkan yang mana mereka akan memberikan pemacu yang boleh mengecas peranti kepada para pemilik siri Huawei P30. Menariknya, hadiah ini akan ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

Huawei Coffee Storage merupakan pemacu dengan storan 1TB dua-dalam-satu yang membolehkan pengguna mengecas peranti sambil menyalin data. Pihak Huawei memberitahu pemacu yang akan diberikan ini berharga sekitar CNY699 atau RM426 mengikut mata wang semasa. Ini merupakan sebahagian sahaja, malah menurut Huawei hadiah lain akan turut diberikan.

Huawei Cofee Storage telah diperkenalkan beberapa hari selepas siri Huawei Mate 20 dilancarkan. Buat masa ini ia tidak dijual secara rasmi di Malaysia dan melalui penawaran ini tidak mustahil ia akan dijual di negara ini pada masa akan datang.

Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend