Huawei Model MRD-AL00 Dengan Sokongan Satu Kamera Belakang Kini Muncul Di TENAA Comments Off on Huawei Model MRD-AL00 Dengan Sokongan Satu Kamera Belakang Kini Muncul Di TENAA

Tanpa mengabaikan segmen pasaran peranti mampu milik keluarannya, Huawei baru-baru ini dilaporkan bakal hadir dengan satu lagi model bajetnya. Tampil dengan model MRD-AL00, kemunculan peranti ini telah berjaya didedahkan melalui laman rasmi TENAA di China oleh Slashleaks.

Walaupun buat masa ini tiada sebarang maklumat berhubung spesifikasi peranti terbaru keluaran Huawei ini, perkongsian gambar di laman TENAA itu jelas memperlihatkan sokongan hanya satu kamera utama pada panel belakangnya. Lensa yang berkedudukan secara menegak ini turut menempatkan LED Flash pada bahagian bawahnya.

Manakala untuk paparan skrin MRD-AL00 ini pula, ia dijangka akan menyokong rekaan takuk jenis titisan air sama seperti Huawei Y Max, Mate 20 dan juga Mate 20 X. Bahagian bawah skrin peranti ini turut menampilkan saiz bezel yang agak besar dengan kehadiran perkataan ‘HUAWEI’ di tengah-tengahnya.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung peranti bajet terbaru daripada Huawei ini, nantikan laporan yang akan kami kongsikan pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend