HUAWEI Merupakan Jenama Dengan Jualan Terbaik Dalam Promosi Lazada 12.12 Comments Off on HUAWEI Merupakan Jenama Dengan Jualan Terbaik Dalam Promosi Lazada 12.12

Bersempena promosi jualan Lazada 12.12 yang berlangsung pada 12 Disember 2019 yang lepas, HUAWEI telah dinobatkan sebagai jenama dengan jualan terbaik 2019 untuk kategori telefon pintar, tablet dan juga peranti boleh pakai.

Selain HUAWEI yang berada di kedudukan pertama, Samsung, Apple, Xiaomi dan juga OPPO juga turut tersenarai sebagai lima jenama pengeluar telefon pintar dengan jualan terbaik dalam promosi Lazada 12.12. Kejayaan jualan HUAWEI ini mungkin di dorong oleh tawaran harga yang sangat murah, antaranya termasuklah HUAWEI Mate 20 yang dijual pada harga RM1212, berbanding harga asal RM2099.

Menariknya baru-baru ini HUAWEI Malaysia turut menganjurkan kempen ‘HUAWEI Together 2020’ yang menawarkan Pakej HUAWEI Smart Life dengan ansuran tanpa faedah untuk kombinasi produk terpilih pada harga serendah RM8.97 sehari.

Baca juga:

HUAWEI Malaysia Tawar Pakej Ansuran Harian Bermula RM8.97 Sehari – HUAWEI Together 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend