Huawei Mengumumkan Senarai Peranti Yang Akan Menyokong Fungsi GPU Turbo Untuk Prestasi Permainan Lebih Berkuasa Comments Off on Huawei Mengumumkan Senarai Peranti Yang Akan Menyokong Fungsi GPU Turbo Untuk Prestasi Permainan Lebih Berkuasa

Jika sebelum ini honor telah mengeluarkan senarai peranti keluarannya yang akan menyokong fungsi GPU Turbo untuk prestasi permainan lebih berkuasa dan dalam masa yang sama efisien penggunaan tenaga. Baru-baru ini Huawei juga telah mengambil peluang dengan mengumumkan senarai peranti keluarannya yang juga akan turut menyokong fungsi tersebut.

Di dalam acara CES 2018 yang berlangsung di China, Huawei telah berkongsi bahawa teknologi GPU Turbo berupaya meningkatkan keupayaan pemprosesan GPU sehingga 60% dan mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 30%. Jika sebelum ini honor hanya menyenaraikan model yang akan menyokong teknologi ini, pengumuman yang dibuat oleh Huawei lebih spesifik kerana ia turut mendedahkan garis masa seperti berikut:

Jun 2018:

  • Huawei Mate 10/Mate 10 Pro
  • honor¬† View 10

Julai 2018:

  • Huawei P20/P20 Pro
  • Huawei Mate RS Porsche Design
  • Huawei Nova 2s
  • Huawei MediaPad M5
  • honor 10

Ogos 2018:

  • Huawei Nova 3e
  • Huawei Enjoy 8 Plus
  • Huawei Enjoy 7S
  • Huawei Maimang 6
  • honor 9 Lite
  • honor 7X

September 2018:

  • Huawei Mate 9/Mate 9 Pro

Oktober 2018

  • Huawei P10/P10 Plus
  • honor 9
  • honor v9

November 2018:

  • Model Huawei yang tidak disenaraikan di atas

Apa yang lebih menariknya, Huawei juga turut mendedahkan bahawa kemas kini terbaru Mate 10 dan Mate 10 Pro akan menjadi peranti pertama yang akan menyokong pengkomputeran awan bermula 26 Jun nanti. Ia juga akan turut menerima kemas kini EMUI 8.1 pada pertengahan Julai 2018 dengan sokongan rakaman video gerak perlahan 960fps.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend