Huawei Mengesahkan Siri Mate 20 Akan Dikuasakan Kirin 980 Dan Dilancarkan Pada Bulan Oktober Comments Off on Huawei Mengesahkan Siri Mate 20 Akan Dikuasakan Kirin 980 Dan Dilancarkan Pada Bulan Oktober

Siri Huawei Mate pada tahun ini akan membawa tiga nama antaranya Mate 20 Lite, Mate 20, dan Mate 20 Pro. Berkemungkinan juga generasi Porsche Design akan diteruskan dan sudah pasti harga yang ditawarkan sangat premium. Khabar angin mengatakan peranti-peranti ini akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Terbaru, Richard Yu, CEO Huawei sendiri telah mengesahkan ia akan dilancarkan pada bulan tersebut serta kenyataan akhbar berkenaan berbunyi seperti siri Huawei Mate 20 akan hadir dengan cipset Kirin 980 berasaskan cip 7nm. Pemproses ini bagaimanapun akan menggunakan teknologi lapan teras Cortex A76 dan Cortex A55 yang menghasilkan kelajuan sehingga 2.8GHz. Kenyataan akhbar tersebut juga memberitahu cip sekecil 7nm ini mampu memberikan penjimatan kuasa sehingga 40% selain 20% lebih pantas daripada Kirin 970. Daripada segi teknologi AI, ia akan dijana pemproses AI yang telah ditingkat taraf – salah satu fungsi ialah untuk pemprosesan imej pada jabatan kamera.

HiSilicon Kirin 980 dijangka akan dilancarkan secara rasmi di acara IFA 2018 di Berlin hujung bulan ini. Setakat ini, spesifikasi untuk peranti yang ditunggu-tunggu siri Huawei Mate 20 masih belum diketahui.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend