Huawei Mempatenkan Sistem Pemantauan Dalam Kereta Untuk Mengesan Jika Pemandu Mabuk Comments Off on Huawei Mempatenkan Sistem Pemantauan Dalam Kereta Untuk Mengesan Jika Pemandu Mabuk

Penggunaan teknologi Huawei di dalam kereta bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini ia telahpun menjalinkan kerjasama dengan pengeluar SUV elektrik daripada WM Motor Technology Co., kereta dengan pemanduan AI bersama jenama Porsche dan juga SUV swapandu dengan jenama Audi.

Kini Huawei telah mengorak langkah yang lebih maju ke hadapan dalam dunia automotif apabila baru-baru ia telah mempatenkan sistem pemantauan dalam kereta swapandu yang berupaya mengesan jika pemandu dalam keadaan mabuk. Bahkan sistem canggih ini juga dikatakan mampu mengenal pasti sekiranya terdapat dadah di dalam kenderaan itu.

Huawei pernah memperkenalkan kereta pertama dipandu dengan bantuan AI menggunakan Huawei Mate 10 Pro.

Apabila sistem berjaya mengesannya, ia akan menggunakan ‘pembelajaran mesin’ untuk membuat keputusan yang perlu diambil, termasuklah memberi amaran kepada pemandu, mematikan kawalan kenderaan, ataupun terus menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Berdasarkan paten yang dihantar, sistem ini akan dilengkapi dengan pelbagai sokongan sensor untuk mendapatkan imej. Teknologi ini bukan sahaja dibangunkan untuk mengesan alkohol atau dadah, tetapi juga penggunaan telefon untuk menghantar teks mesej, dan juga senjata.

Sumber

Baca juga:

Huawei Dan Audi Bekerjasama Membina Kereta Swapandu

Teknologi Huawei Di Dalam Kereta Elektrik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend