HUAWEI Mempatenkan Rekaan Telefon Pintar Dengan Sokongan Tiga Kamera Boleh Lipat Comments Off on HUAWEI Mempatenkan Rekaan Telefon Pintar Dengan Sokongan Tiga Kamera Boleh Lipat

Penghujung bulan November 2019 yang lepas, HUAWEI telahpun dilaporkan mempatenkan dua rekaan kamera boleh lipat berbeza yang masing-masing menampilkan sokongan satu lensa dan juga dua lensa.

Ternyata HUAWEI mahu menampilkan rekaan yang sama tetapi dengan sokongan kamera yang lebih banyak apabila mempatenkan rekaan tiga kamera boleh lipat. Paten yang difailkan pada 9 Januari 2019 dan telahpun diluluskan pada 17 Disember 2019 ini turut menyaksikan sokongan LED Flash pada mekanisma boleh lipat itu.

Tidak dinafikan bahawa Samsung Galaxy A80 merupakan peranti terawal yang menampilkan rekaan tiga kamera boleh pusing, tetapi pendekatan yang digunakan pada rekaan tiga kamera boleh lipat yang dipatenkan oleh HUAWEI dilihat sedikit berbeza.

Namun begitu konsep penggunaannya adalah sama sahaja iaitu sokongan tiga kamera yang boleh digunakan sebagai kamera swafoto dan juga kamera utama.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Mempatenkan Dua Model Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Boleh Putar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend