HUAWEI Mempatenkan Dua Model Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Boleh Putar Comments Off on HUAWEI Mempatenkan Dua Model Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Boleh Putar

Sebelum ini HUAWEI telah tampil dengan rekaan lubang kamera pada skrin bagi memastikan penampilan skrin penuh, bagi menggantikan rekaan takuk. Selepas itu HUAWEI telah memperkenalkan pula rekaan kamera terangkat sebagai alternatif untuk mendapatkan rekaan skrin penuh.

Menariknya baru-baru ini portal LetsGoDigital telah mendedahkan bahawa HUAWEI bakal tampil dengan alternatif baharu untuk paparan skrin penuh, iaitu dengan menggunakan rekaan kamera boleh putar. Untuk paten rekaan yang pertama, ia dilihat menampilkan sokongan satu lensa kamera boleh putar dan untuk paten rekaan kedua pula memiliki dua lensa kamera boleh putar.

Rekaan kamera boleh putar ini dipercayai akan digunakan untuk model terbaharu HUAWEI P Smart Z 2020. Apa yang pasti, rekaan kamera boleh putar bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telahpun diperkenalkan pada Samsung Galaxy A80 dan juga ASUS ZenFone 6 sebelum ini.

Baca juga:

Nikmati Diskaun 20% Untuk Harga Alat Ganti Dan Pelindung Skrin Percuma – ‘HUAWEI Together 2020’

Rekaan HUAWEI Y6s Dengan Kemasan Panel Belakang Mirip Seperti Google Pixel Kini Didedahkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend