HUAWEI Memfailkan Tanda Dagang Untuk ‘MatePod’, Mungkin Hadir Serentak Dengan Siri HUAWEI P40 Comments Off on HUAWEI Memfailkan Tanda Dagang Untuk ‘MatePod’, Mungkin Hadir Serentak Dengan Siri HUAWEI P40

Model terbaharu HUAWEI P40 dan P40 Pro dijangka akan diperkenalkan secara rasmi julung kalinya pada Mac 2020 nanti. Jika benar seperti apa yang didakwa oleh portal letsgodigital, HUAWEI berkemungkinan besar akan turut memperkenalkan headset tanpa wayar baharunya iaitu HUAWEI MatePod serentak dengan majlis pelancaran telefon pintar terbaharunya itu nanti.

Ketirisan berita ini berjaya didedahkan selepas HUAWEI dilaporkan sudah mula memfailkan tanda dagang untuk nama ‘MatePod’ melalui Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) bertarikh 6 Januari 2020. Bahkan ia juga telah diklasifikasikan dalam kelas 9 iaitu merupakan produk daripada segmen headsets atau earphones.

Konsep rekaan HUAWEI P40 Pro oleh @BenGeskin

Sebagai rujukan, pada majlis pelancaran siri HUAWEI Mate 30 pada September 2019, HUAWEI turut melancarkan earphone tanpa wayar terbaharunya melalui model HUAWEI FreeBuds 3. Jadi ada kemungkinan HUAWEI MatePod akan diperkenalkan serentak dengan siri HUAWEI P40 nanti.

sumber

Baca juga:

HUAWEI FreeBuds 3 Dan Kaca Mata Pintar HUAWEI Akan Dijual Di Malaysia Bermula 15 November

Mungkinkah Ini Rekaan HUAWEI P40 Pro?! Imej Pengolokan Dikongsikan Oleh Pembuat Sarung Pelindung

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend