‘HUAWEI MeeTime After Sales Official Hotline’ Untuk Pemilik HUAWEI Siri P40 Kini Dilancarkan Comments Off on ‘HUAWEI MeeTime After Sales Official Hotline’ Untuk Pemilik HUAWEI Siri P40 Kini Dilancarkan

HUAWEI semalam telahpun melancarkan perkhidmatan eksklusifnya iaitu ‘HUAWEI MeeTime After Sales Official Hotline’ yang merupakan penyelesaian sehenti untuk membantu pemilik siri HUAWEI P40 yang mempunyai isu ketika menggunakan peranti tersebut.

Diperkenalkan pada 11 April 2020, HUAWEI MeeTime After Sales Official Hotline akan menawarkan perkhidmatan panggilan video dengan fungsi perkongsian skrin untuk menjawab sebarang pertanyaan tentang siri HUAWEI P40 dengan lebih cepat, dan lebih mudah untuk difahami.

Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat penjadualan janji temu dengan Servis Selepas Jualan Pelanggan dengan mengikuti tiga langkah mudah seperti berikut:

  1. Tetapkan ‘Malaysia’ di menu tetapan ‘Region’, masukkan HUAWEI ID, dan MeeTime secara automatik akan tersedia pada peranti anda.
  2. Hantarkan teks mesej ke HUAWEI WhatsApp Hotline dan maklumkan anda mahu membuat janji temu dengan wakil MeeTime Hotline dan tentukan slot yang dikehendaki. Anda boleh menghantar teks ke +6012 685 5652 atau klik https://wa.me/%2B60126855652.
  3. Wakil MeeTime Hotline akan menghubungi anda pada masa yang telah ditetapkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend