HUAWEI MediaPad M6 Terima Kemas Kini EMUI Terbaru Untuk Permainan, Pengimbas Cap Jari, Dan Mod PC Comments Off on HUAWEI MediaPad M6 Terima Kemas Kini EMUI Terbaru Untuk Permainan, Pengimbas Cap Jari, Dan Mod PC

MediaPad M6 hadir ke pasaran sebagai tablet paling berkuasa pada tahun ini daripada HUAWEI. Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu 10.8-inci, 8.4-inci, dan 8.4-inci Turbo Edition.

Bagi menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna, syarikat ini sekarang telah mula melepaskan kemas kini terbaru untuk ketiga-tiganya. Kemas kini tiba dengan versi EMUI 9.1.1.137 yang mana telah menambah baik pengalaman permainan, mod PC, dan mempercepatkan imbasan cap jari.

Menurut sumber, kemas kini ini juga telah meningkatkan jumlah aplikasi dengan sokongan HUAWEI Parallel View kepada 54 buah. Bagi yang tidak tahu, Parallel View ialah ciri multitasking istimewa yang diperkenalkan oleh HUAWEI. Ia berfungsi dengan cara yang berbeza daripada sebuah telefon pintar.

MediaPad M6 dijana cip pemproses Kirin 980 yang digandingkan dengan 4GB RAM dan 128GB storan, sementara Turbo Edition dengan memori 6GB RAM. Kesemua varian ini dilengkapi paparan QHD 2560 x 1600p namun masih belum diketahui lagi akan menerima Android 10 atau tidak.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend