Huawei MediaPad M5 Dan MediaPad M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,499 Dan RM1,899 Comments Off on Huawei MediaPad M5 Dan MediaPad M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,499 Dan RM1,899

Hari ini Huawei Malaysia telah membawakan satu kelainan untuk pengguna tempatan apabila telah melancarkan secara rasmi tablet terbaru keluarannya dengan kehadiran model MediaPad M5 dan juga MediaPad M5 Pro.

Setiap pembelian MediaPad M5 akan turut menerima alat kawalan permainan tanpa wayar secara percuma (selagi stok masih ada).

Berbeza dengan kebanyakan tablet lain, MediaPad M5 dan MediaPad M5 Pro membawakan pembaharuan apabila menampilkan rekaan paparan skrin 2.5D yang melengkung di sekeliling skrin. Disasarkan untuk generasi muda yang gemarkan ciri permainan terbaik, kedua-dua tablet ini turut dilengkapi dengan efek bunyi stereo Huawei Histen dan juga sistem audio 3D hasil sentuhan pakar bunyi dari Harmon Kardon.

Huawei MediaPad M5 Pro sememangnya sangat sesuai untuk membantu anda menyiapkan tugasan kerana ia turut menyokong flip cover dengan sokongan papan kekunci dan juga aksesori M Pen.

Kualiti paparannya juga tidak mengecewakan dengan sokongan panel IPS LCD beresolusi 2K (2560 x 1600 piksel) yang dilengkapi teknologi paparan ClariVu 5.0 serta Eye Comfort Mode. Kedua-dua tablet ini juga telah dikuasakan dengan pemproses Kirin 960, dioperasikan oleh EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.

↑ Video mengaktifkan mod desktop pada Huawei MediaPad M5 Pro.

MediaPad M5 akan dijual pada harga RM1,499 bermula 13 Julai 2018 dan setiap pembelian akan turut menerima alat kawalan permainan tanpa wayar secara percuma. MediaPad M5 Pro pula akan dijual pada harga RM1,899 bermula 25 Julai 2018 nanti dengan penawaran flip cover secara percuma. Lebih menariknya, pembeli kedua-dua model ini akan turut menerima langganan premium Viu selama enam bulan secara percuma. Hadiah percuma yang ditawarkan ini adalah terhad dan akan diberikan selagi stok masih ada.

Spesifikasi Huawei MediaPad M5:

  • Android 8.0 + EMUI 8.0
  • HiSilicon Kirin 960
  • 64GB + RAM 4GB / microSD sehingga 256GB
  • 8.4 inci IPS LCD, 2560 x 1600 piksel
  • Kamera utama: 13 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel
  • 4G LTE, WiFi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth v4.2, USB Type-C
  • Lithium Polymer 5100 mAh (pengecasan pantas 9V2A)
  • Dual speaker, Harman Kardon, Huawei Histen stereo sound effect
  • Sokong fungsi Desktop Mode
  • 212.6 x 124.8 x 7.3mm 316g
  • Space Gray, Champagne Gold

Spesifikasi Huawei MediaPad M5 Pro:

  • Android 8.0 + EMUI 8.0
  • HiSilicon Kirin 960
  • 64GB + RAM 4GB / microSD sehingga 256GB
  • 10.8 inci IPS LCD, 2560 x 1600 piksel
  • Kamera utama: 13 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel
  • 4G LTE, WiFi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth v4.2, USB Type-C
  • Lithium Polymer 7500 mAh (pengecasan pantas 9V2A)
  • Quad speaker, Harman Kardon, Huawei Histen stereo sound effect
  • Sokong fungsi Desktop Mode
  • 258.7 x 171.8 x 7.3mm 498g
  • Space Gray
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend